Keunikan seni bina Kompleks_Islam_Putrajaya

Keunikan façade bangunan Kompleks Islam Putrajaya yang bermotifkan “Islamic trellis” membentuk jalinan renda memberikan pencahayaan semula jadi dan mengurangkan silau. Bangunan ini berkonsepkan cahaya, ketelusan dan dinamik. Diilhamkan daripada perumpamaan “nur” iaitu cahaya sebagaimana yang dinyatakan dalam Surah An-Nur ayat 35. Kanopi utama dengan reka bentuk seperti separa kubah berstruktur keluli, secara halus memberi tafsiran perhiasan Islam dekoratif muqarnas (hiasan tiga dimensi). Konsep bangunan KIP dibina bertujuan untuk merealisasikan persekitaran bekerja yang lebih luas dan selesa. Di ruang masuk utama disediakan kawasan bertutup atau berbumbung bagi kemudahan keluar masuk pengguna. Lobi utama atau kawasan orang awam direka bentuk dengan ketinggian (double volume height) agar tampak lebih luas dan membolehkan pencahayaan serta pengaliran udara yang mencukupi. Kemudahan akses bagi orang kelainan upaya disediakan di setiap kawasan strategik[1].